About Us

1UniStorage ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai Penyelidikan Keusahawanan-Tekno di Pusat Pengajian Sains Komputer, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang. UniStorage Malaysia  atau dikenali Uni Storage (PC00012219-D) didaftarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 12 November 2015 dan beroperasi di Universiti Sains Malaysia, Kampus Induk, 11800 Pulau Pinang, melalui Pusat Keusahawanan Universiti (EPIC). UniStorage menyediakan kemudahan Perkhidmatan Mel dan Kurier melalui aktiviti penerimaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan dan pengedaran atau serahan item-item pelajar dan warga kampus semasa berada di universiti. 

Selain itu, UniStorage menyediakan pelbagai program permindahan ilmu melalui pelbagai program antaranya Latihan Pelajar Keusahawanan, E- commerce Agro Product, Bengkel Perkastaman seperti Kursus Asas GST, Bengkel Perkastaman, Bengkel 'Mesti' dan lain-lain lagi bersama-sama beberapa Jabatan Kerajaan dan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia (PERKASA), Komuniti setempat untuk membantu pelanggannya 'Celik Kastam', terutamanya aktiviti dagangan import dan eksport. Peningkatan e-dagang dikalangan warga universiti meningkat dari satu masa ke semasa.

UniStorage memiliki rangkaian daripada pelbagai syarikat penghantaran dan logistik tempatan dan antarabangsa. Melalui rangkaian ini, UniStorage merapatkan pelanggan dengan industri-industri melalui dagangan setempat. Hampir 11 syarikat tempatan dan antarabangsa bersamaan dengan hampir 3,000 cawangan - cawangan di serata dunia. Terdapat juga, Jabatan-Jabatan dan Bukan Kerajaan yang sedia berkhidmat untuk membantu aktiviti perindustrian ini dapat direalisasikan di dalam universiti khususnya. Pelanggan UniStorage dapat memenuhi kepuasan melalui perkhidmatan yang ditawarkan.

UniStorage Bandar Puncak Alam  atau dikenali UniStorage-Bdr. Puncak Alam yang terletak di No. 41-1, Jalan Suria 15/7/1, Dataran Suria, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor dibuka pada bulan November 2018 dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan berasaskan aktiviti mel dan kurier, kaunter pembayaran, tiket bus, fotokopi, scanning dan lain-lain di  Bandar Puncak Alam dan sentiasa akan melakukan penambahbaikan perkhidmatan. Pengendalian aktiviti ini dan dijangka aktiviti ini dapat memudahkan masyarakat setempat.